Pages

CATAN


CATAN
·         Catan adalah salah satu hasil seni yang menggunakan media basahdan disapukan pada sesuatu pemukaan.
·         Media basah terdiri daripada cat seperti cat akrilik,cat poster,cat minyak dan cat gouce. Biasanya permukaan bagi penghasilan catan adalah kertas atau kanvas.
·         Walau bagaimanapun,penghasilan catan tidak terbatas di atas kertas dan kanvas. Contohnya, bagi seni catan kontemporari pelbagai permukaan boleh digunakan sedperti pada permukaan kayu atau besi.

PENGGUNAAN MEDIA CATAN





TEKNIK-TEKNIK CATAN

Teknik catan cat air




Teknik basah atas basah

Teknik ini dilakukan dengan memasukkan warna lain di atas warna yang sedia ada semasa basah.

Ini bertujuan supaya warna kedua dapat menyerap ke dalam warna pertama untuk menghasilkan tona yang menarik. Untuk tujuan ini kertas yang telah dibasahkan hendaklah dihamparkan atas permukaan yang rata, supaya air dapat bertindak mengalirkan warna yang dimasukkan.

* Teknik ini amat sesuai apabila hendak mewarna permukaan yang luas seperti langit, tanah, dinding bangunan serta latar belakang untuk lukisan alam benda. 


  Teknik basah atas kering
 Lapisan pertama dibiarkan kering terlebih dahulu sebelum warna kedua yang basah disapu dengan sapuan yang lembut. Teknik ini juga sesuai digunakan pada permukaan yang luas, tetapi kerja-kerja perincian hendaklah dilakukan.Cara ini juga digunakan untuk menggelapkan lapisan pertama dengan memasukkan tona yang lebih gelap di atas warna yang sedia ada.




Teknik kering atas kering
Maksud kering di sini bukanlah sebagai mana kain kering di sidaian tetapi warna yang melekat pada berus tidak banyak. Jika banyak elok di sapu pada kertas lain atau tisu untuk membuang warna yang lebih itu. Kemudian di sapu di atas warna lain yang sudah kering untuk menghasilkan warna yang lain. Tetapi tidak tebal. Sekadar untuk mewujudkan keharmonian warna dengan suasana sekitarnya.

Teknik catan cat minyak



  hasil:Vincent van Gogh
Teknik impasto
Impasto adalah teknik membuat lukisan bertekstur tebal sehingga ngasih kesan timbul (3 dimensi) dan bikin goresan kuas atau pisau palet lebih kelihatan. Lukisan Impasto kesannya punya emosi yang kuat. Teknik ini paling cocok digunakan pada cat minyak karena teksturnya yang kental, tapi bisa juga digunakan pada akrilik meskipun jarang, dan nggak bisa pada cat air tanpa bahan tambahan pengental.





Teknik sapuan tepat/hard edge
Mempunyai gubahan yang teratur dan mempunyai batas sapuan warna yang kemas dan tepat.Catan kelihatan seolah-olah dipotong dan biasanya pengkarya menggunakan
masking tape untuk memisahkan warna-warna yang disapu.

                                           


Teknik titik/ pointilisme
Pointilisme adalah teknik lukisan dengan memanfaatkan titik-titik kecil berwarna ke media gambar. Istilah "Pointillism"sebenarnya diciptakan oleh para kritikus untuk gaya lukisan ini pada tahun 1880-an.Lukisan gaya pointilisme dibuat dengan sapuan warna terhasil mempunyai gabungan warna dari titik-titik kecil.Titik-titik warna yang berdekatan seolah-olah bercampur melalui mata audien.               

       

Teknik kilatan/ glazing
Teknik ini menunjukkan kesan seolah-olah kilauan yang berkaca kerana lut sinar.Teknik ini memberikan kesan warna pada catan dengan cara menindih lapisan nipis warna gelap yang lut sinar ke atas warna yang lebih cerah.    
                                     


Teknik melembut/ scumbling

Dalam teknik ini,warna disapu secara opaque ke atas lapisan yang sebalumnya yang mana boleh disapu secara rata,lut sinar atau impasto.Ciri penting dalam teknik ini ialah bahagian yang tidak dapat dilihat mampu ditonjolkan melalui cara yang berbeza.Teknik scrumbling ini boleh diperoleh dengan cara menyapu warna terang atas permukaan gelap atau gelap atas permukaan gelap.Ia boleh diaplikasikan dengan menggunakan berus atau tompokan dengan kain buruk atau jari. 


                                             

Teknik Alla Prima
Teknik ini merujuk kepada cara dimana artis mewarna secara cepat dan spontan dengan sapuan warna terus dari tiub.Teknik ini sesuai untuk artis yang menghasilkan catan di luar bangunan kerana tekniknya yang terus dan spontan.Setiap palitan warna perlu tepat kerana dalam teknik ini tiada lapisan kedua.














13 comments:

  1. Boleh terangkan secara details tak ttng teknik lukisan hard edge?

    ReplyDelete
  2. contohnya masking tape yang dilekat pada dinding untuk membuat pembahagian antara dua warna, dan apabila masking tape dibuka maka garisan yang dihasilkan oleh masking tape dikenali sebagai hard edge. garisan yang tepat.

    ReplyDelete
  3. terima kasih untuk membuat blog ini. Blog ini amat membantukan saya.

    ReplyDelete
  4. Apakah teknik seprti ini?..sapuan satu warna..dibiarkan sekejap dan disapu lagi dengan wrna yg lain k atsnya

    ReplyDelete
  5. kalau menggunakan media cat minyak untuk melukis wayang kulit, apa teknik yang sesuai digunakan?

    ReplyDelete
  6. Let me show you the art of killing

    ReplyDelete
  7. Boleh ke kita guna pensel warna untuk Catan?

    ReplyDelete