BATIK


Batik
           Batik adalah merupakan salah satu kraf tradisional. Batik merupakan kraf tradisional yang unik dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan Melayu. Keindahan coraknya mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi.
            Perkataan batik berasal dari Indonesia yang membawa maksud rintik-rintik putih yang ada pada kain yang berwarna atau bercorak. Seni batik telah wujud 2000 tahun dahulu di Mesir dan Parsi. Mula digunakan di Jepun dan Chuna dalam abad ke 7. Negeri Kelantan dan Terengganu adalah merupakan perintis kepada sejarah perkembangan perusahaan batik tanah air.Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini terhasil disebabkan kepekaan masyarakat tradisional terhadap persekitaraan. Terdapat beberapa jenis motif alam sekeliling yang digubah menjadi corak atau ragam hias yang menarik.
            Unsur flora yang terdiri daripada motif seperti bunga, kudup,   putik,akar menjalar,  daun, ranting dan pucuk digunakan untuk menghias kain  batik ela.Setiap Motif ini mempuyai motif yang tersendiri dihiasi pada kain batik.Contohnya pada kepala kain motif pucuk rebung digunakan selain itu reka corak digubah bukan secara realistik tetapi campuran gaya organik dan geometri.
            Unsur fauna seperti motif rama-rama, kumbang, burung, ayam dan sebagainya.Tapi unsur ini kurang digunakan kena berkaitan dengan pegangan agama Islam masyarakat.Unsur geometri seperti susunan garis-garis halus, kisi-kisi, cengkerang, bentuk bujur, jalur dan sebagainya.Unsur ini seringkali digabungankan dengan unsur flora dan mendapat permintaan di kalangan peminat batik.


Motif batik

Motif flora – bunga kenangan , cempaka, Daun Siti Fatimah , daun keladi dan lain- lain yang biasanya dijadikan motif pada badan kain. Manakala motif pucuk rebung biasanya dijadikan motif pada kepala kain batik sarong

Motif fauna – burung,ayam, siput, kupu-kupu




Motif geometri – banji, ceplok, parang rusak, kawung , swastika, pilin berganda ‘s’ dan lain-lain.


Motif benda – wau, wayang kulit dll

Motif abstrak



 Jenis-Jenis Batik
Batik Blok
Merupakan antara teknik pembuatan batik yang terawal di negara. Blok yang diperbuat daripada sebongkah kayu atau logam diukir dengan motif-motif bersesuaian untuk mengecap kain yang dikenali scbagai batik blok atau cop. Selain daripada kain kapas, penggunaan kain sutera dan organza dalam pengeluaran batik blok telah menghasilkan tekstil batik yang sesuai untuk rekaan fesyen, perhiasan serta kelengkapan rumah yang eksklusif.
Blok penerap batik




Batik Canting
Dikenali juga sebagai batik lukis. Proses batik bermula dangan lilin cair dilakar menggunakan canting dan diwarna mengikut kesesuaian reka corak. Selain dari kain kapas, kain rayon, voile, organza dan sutera turut digunakan. Reka corak yang menarik dengan pilihan warna yang ceria menampilkan batik bukan sahaja sesuai untuk fesyen pakaian malah boleh juga dijadikan sebagai kelengkapan dan hiasan rumah serta hadiah dan cenderamata yang eksklusif.



Batik Skrin
Dikenali juga sebagai batik stensil atau batik sutera saring. Batik jenis ini merujuk kepada teknik lakaran corak dan terapan warna dilakukan di atas skrin yang diperbuat daripada poliester diregang di atas pemidang. Motif-motif dilukis atas skrin yang telah ditetapkan ukurannya. Kebiasaannya beberapa keping pemidang dengan reka corak yang berbeza disediakan. Ini adalah kerana satu pemidang hanya untuk satu warna sahaja. Skrin kemudian dilekapkan di atas sehelai kain putih bagi melakukan proses pewarnaan. Proses pewarnaan ini dilakukan beberapa kali bagi melengkapkan corak dan warna sehelai kain batik.

 BATIK PELANGI

Batik pelangi ialah batik yang dihasilkan tanpa penggunaan lilin dan diperkenalkan oleh Che Minah Pelangi dari Terengganu ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin II (1793 – 1808).Ia disebut juga sebagai kain ‘rawa’Digunakan sebagai tudung / selendang serta menjadi pelengkap atau eksesori pakaian terutama inang dan dayang di istana.Ia dihasilkan dengan menggunakan teknik ikat dan celup.Kain diikat beberapa kali dengan menggunakan lilin atau apa sahaja untuk menghalang penyerapan warna. Bilangan ikatan dan celupan warna menentukan corak dan warna pada kain.




1 comment:

  1. Tertarik untuk mempelajari cara membuat batik tulis, cara membuat batik cap, serta teknik pewarnaan batik?.. Anda bisa memesan paket cd belajar membatik di Fitinline..

    ReplyDelete