MONTAJ



MONTAJ

              Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari berbagai sumber atau sumber yang sama.

Aktiviti montaj menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum. Teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) digunakan dalam aktiviti montaj. Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru.



SEJARAH SENI MONTAJ
           PergerakkanDadaisme di Berlin banyak menghasilkanaktiviti montaj dalam seni rupa moden.Teknik foto montaj ini kemudiannya menjadi ikutan ramaidan digunakan oleh pelukis-pelukis aliran surelismeseperti Salvador Dali. Retrospektif pameran pertamadunia dalam foto montaj diadakan di German pada tahun1931.Menular pula pd orang eropah yg menyatakan gambartersebutterdapatkesan kelucuan, sindiran danpengajaranberdasarkan tema atau tajuk.


Teknik Montaj 
Teknik super impose, image editing photography digunakan dengan menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj.

Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema lanskap, alam benda, figura dan corak huruf. Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik perhatianpemerhati.

Alat dan media.

          Setiap pelukis mempunyai cara dan gaya yang tersendiri apabila ingin menghasilkan kerja-kerja seni.

        Dalam penggunaan alatan dan media untuk menghasilkan satu hasil kerja seni, pelukis akan mengenalpasti bahan apakah yang sesuai dan senang untuk didapati supaya kerja-kerja yang hendak dijalankan tidak terganggu.

Berikut ialah beberapa contoh alatan dan bahan yang boleh digunakan dalam penghasilan aktiviti montaj:

–Gambar foto sebenar seperti gambar keluarga, alam semulajadi, haiwan, alam benda

–Gambar atau ilustrasi dari majalah/surat khabar seperti figura, lanskap, tumbuh-tumbuhan, situasi

–Gunting, pisau pemotong kertas, berbagai jenis gam


Contoh-contoh Montaj

Montaj Bertemakan Alam Semulajadi (media-stiker dinding)





No comments:

Post a Comment