CETAKAN
Cetakan adalah satu proses penerapan blok ke atas permukaan
rata, diulang dan dicipta dalam bentuk edisi dengan menggunakan dakwat. Cetakan
juga boleh terjadi melalui proses menggambar dan mencorak yang dilakukan dengan
cara memotong permukaan plat dengan dakwat.
Cetakan pada awalnya digunakan untuk pendidikan, propaganda,
keagamaan dan seni tekstil. Cetakan berwarna muncul pada abad ke 15. Di
Malaysia, cetakan kayu digunakan dalam penghasilan kain batik saring.
Jenis-jenis Cetakan
(a) Cetakan Timbulan (Relief)
Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau
warna pada permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu
atau lino.Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan
kertas.
Contoh cetakan jenis ini ialah:
(a) Cetakan Kayu
(b) Cetakan Lino
(c) Cetakan Kolograf
(d) Cetakan Kolaj
(b) Cetakan Stensil atau Skrin
Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang direnggangkan
di atas pemidang kayu.Cetakan Sutera Saring / Stensil / Sarigrafi.
• Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam jenis
cetakan ini iaitu:
(a) Kaedah Potongan Kertas Pendua
(b) Kaedah Filem Leker
(c) Kaedah Skrin Foto
(c) Cetakan Lithografi / Planograf / Cetakan datar
Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi.Cetakan datar
menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej. Teknik yang
digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air.Kekalisan antara air dan
minyak dapat menghasilkan cetakan seakanakan lukisan pensil.Cetakan dibuat
menggunakan mesin cetak.
(d) Cetakan Benaman (Intaglio)
Berlawanan dengan cetakan timbulan. Bagi cetakan timbulan,
dakwat atau pewarna di atas permukaan yang timbul manakala cetakan benaman pula
dakwat atau warnanya di dalam ukiran turisan yang akan menjadi imej.Merupakan
proses membuat cetakan melalui cara mengukir pada plat logam atau kayu dan
meletakkan dakwat atau warna ke dalam hasil turisan.
Contoh cetakan jenis ini ialah:
(a) Kaedah Turisan (engraving)
(b) Kaedah Gurisan Asid (etching)
(c) Kaedah Akuantin (aquantint)
(d) Kaedah Mesotin (mezzotint)
(e) Cetakan Gurisan Asid
Cetakan asid pertama kali digunakan pada awal kurun ke-16
selepas asid diketahui boleh digunakan untuk mengguris imej ke dalam kepingan
logam.Rembrandt Van Rijn, Francisco Goya dan Pablo Picasso adalah antara artis
yang menggunakan tekni ini untuk mencipta dan menghasilkan sebahagian daripada
karya utama mereka.Corak gurisan yang dihasilkan diatas permukaan logam yang
telah disapu dengan sejenis bahan yang kalis asid.Gurisan dibuat dengan jarum
etching di atas permukaan logam.Mesin digunakan untuk menghasilkan cetakan
jenis ini.
(f) Cetakan Kayu
Kaedah yang paling awal digunakan.Muncul di Negeri China pada
kurun ke-8.Berkembang ke Eropah sekitar tahun 1418 Masihi dan digunakan untuk
mencetak rekaan pada kain. Kemudian, cetakan dikembangkan untuk kegunaan
pendidikan, keagamaan, propaganda dan tekstil untuk pakaian.Cetakan berwarna diperkenalkan
pada kurun ke-15 Masihi. Manakala pada kurun ke-16, cetakan muncul dan mencapai
status sebagai satu bentuk seni yang penting dengan penghasilan karya Albrecht
Durer dan karyawan Eropah.
Di Malaysia, cetakan bermula dengan mencetak kain sarung.Kaedah
yang mudah dan murah kerana peralatan senang didapati.Cara dan teknik sama
dengan cetakan lino. Perbezaannya hanya cetakan kayu menggunakan kayu yang
kesan cetakannya berira manakala cetakan lino menggunakan lino kesannya yang
licin.Permukaan kayu yang berira ini membawa kesan yang tersendiri yang amat
menarik. Oleh itu seorang pencetak dari Eropah, Edvard Munch amat suka
menggunakan teknik ini.
(g) Cetakan Lino
Kaedah dan proses sama dengan cetakan kayu iaitu kaedah cetakan
timbul.Bezanya hanya imej yang hendak di cetak di ukir dengan pahat pengukir di
atas lino manakala kaedah cetakan kayu ukiran dibuat di atas blok kayu.
(h) Cetakan Lithografi
Cetakan ini dicipta pada tahun 1798 oleh Aloys Senefelder.Pada
tahun 1890-an, cetakan ini telah muncul dalam karya yang penuh artistik, iaitu
dalam bentuk warna oleh Piere Bonnard dan Henri de Toulouse-Leutrec.Juga
dikenali sebagai cetakan Plonografi.
Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok
persembahan imej.Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan
air.Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan akan
lukisan pensil. Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.
(i) Cetakan Sutera Saring
Pada sekitar tahun 1930-an, beberapa artis Amerika
Syarikat memulakan hasil karya mereka dengan menggunakan teknik cetakan
ini.Juga dikenali sebagai cetakan stensil dan sarigrafi.Cetakan ini memerlukan
kain sutera (organdi) yang diregangkan pada pemidang. Imejnya dihasilkan
melalui keratan kertas pendua, filem leker atau skrin foto.Berbeza dengan
cetakan lain, ia menggunakan sekuji untuk menyapu dakwat atau warna di atas
permukaan kertas.
Terdapat pelbagai kaedah stensil. Di antaranya ialah:
(a) Kaedah Potongan Kertas Pendua
(b) Kaedah Filem leker
(c) Kaedah Lilin
(d) Kaedah Sutera Saring
(j) Cetakan Stensil Kaedah Potongan Kertas Pendua
Kaedah ini ialah kaedah yang paling ringkas dan mudah. Sediakan
sebuah pemidang skrin. Lukis dan gunting imej atas kertas pendua. Semasa
mencetak, letakkan imej yang telah dipotong di atas kertas permukaan dasar yang
hendak dicetak. Pemidang skrin diletakkan di atasnya sebelum dituangkan dakwat
atau warna. Gunakan sekuji untuk meratakan warna di atas pemidang skrin. Angkat
perlahan-lahan pemidang skrin. Biasanya imej yang dipotong itu akan terlekat
pada belakang pemidang skrin. Cetakan ini tidak boleh menghasilkan edisi yang
banyak kerana kertas pendua yang dipotong itu akan lembap dan menyebabkan
dakwat atau warna terkeluar. Sila rujuk rajah-rajah berikut:
(k) Cetakan Stensil Kaedah Filem Laker
Langkah 1 : Sediakan lakaran imej. Kemudian lukis imej pada muka
belakang filem leker.
Langkah 2 : Potong dan keluarkan bahagian-bahagian yang hendak didakwatkan
atau diwarnakan dengan pisau pemotong NT. Filem leker ini mempunyai dua
lapisan. Satu lapisan berlilin dan satu lapisan kertas biasa. Bahagian yang
dipotong ialah bahagian yang berlilin.
Langkah 3 : Setelah selesai mengeluarkan bahagian yang ditembusi
dakwat atau warna, kertas filem leker itu diletakkan di bawah pemidang yang
telah tersedia dengan kain sutera. Kemudian, digosok dengan seterika elektrik
yang sederhana panas. Semasa menggosok, bahagian yang berlilin (leker) akan
melekat pada pemidang, sementara kertas biasa.
No comments:
Post a Comment