Kolaj
Kolaj adalah salah satu teknik tertua yang menggunakan teknik
tampalan untuk menghasilkan pelbagai karya lukisan gambar atau rekaan. Bahan
tampalan boleh disusun, ditindih atau diatur pada permukaan kertas mengikut
komposisi tema atau tajuk yang diperlukan. Terdapat empat jenis kolaj yang
sesuai iaitu Kolaj kertas, bahan jahitan, bijirin dan bahan terbuang.
i. Kolaj kertas
Diperbuat menggunakan kertas warna yang digunting secara bebas
atau menggunakan teknik tekanan pada mata pen dan pensel atau menggunakan alat
penebuk kertas.
ii. Kolaj bahan jahitan.
Kolaj ini menggunakan perca kain, manik, butang baju,
kapas dan kekabu sebagai bahan utamanya. Cara membuatnya sama, iaitu menyusun
bahan menerusi guntingan perca kain atau menyusun manik atau butang baju pada
huruf yang dipilih.
iii. Kolaj bijirin.
Jenis ini menggunakan bahan bijirin yang disusun dan
dilekat menggunakan gam berkualiti pada kad board tebal. Bijirin yang biasa
digunakan ialah beras pulut, beras bali, kacang hijau, jagung dan bijisaga.
Barrack Obama menggunakan .sugar cereal (bijirin sarapan)
iv. Kolaj bahan terbuang.
Bahan terbuang yang biasa digunakan ialah penutup botol,
batangaiskrim, lidi sate, tali, plastik sampah dan sebagainya. Bahan ini
disusun dan dilekat menggunakan gam serta dibalut menggunakan plastik lut sinar
supaya tahan lama.
bole la
ReplyDeletebaik
DeleteSeronoknya belajar PSV
ReplyDeleteBest nya
ReplyDeleteobunga
ReplyDeleteBoleh lah
ReplyDeleteBaguus
ReplyDeleteHappy
ReplyDeletebest cikgu ni
ReplyDeleteCantik nya
ReplyDeleteCantik kok
ReplyDeleteboleh tau gak siapa penulisnya serta tarikh publishkan artikel ini?
ReplyDelete