Poster
(This poster promotes
Article 26 in the UN Declaration of Human Rights, “Everyone has the right to
education”, which is the root of ACCESS’ mission.)
Pengenalan
1. Poster merupakan satu bentuk seni komunikasi perhubungan dan pengiklanan.
2. Poster berfungsi sebagai pengumuman, pemberitahuan dan pengiklanan.
3. Poster harus dapat menarik perhatian orang ramai serta dapat menyampaikan mesej dengan jelas, cepat dan berkesan
Poster boleh dipersembahkan melalui 2 cara:
i. Menggunakan muka taip (huruf) sahaja.
Mukataip dijadikan subjek utama untuk menyampaikan maksud poster. Ada yang bersifat ringkas dan jelas dan ada juga jenis yang lebih simbolik. Jenis mukataip yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan tema poster tersebut.

Mukataip yang ringkas,
jelas dan mudah difahami
ii.
Menggunakan muka taip bersama ilustrasi dalam bentuk lukisan, gambar
atau foto.
Poster jenis ini lebih menarik dan berkesan. Sekiranya maklumat
yang disampaikan melalui mukataip tidak dapat disampai dengan jelas mungkin
atas faktor bahasa (yang kurang difahami kerana berlainan bangsa) atau usia
(yang belum mampu boleh membaca atau terlalu tua untuk membaca) dan sebagainya.
Dengan itu, penggunaan ilustrasi adalah yang paling sesuai untuk menyampaikan
mesej poster. Ilustrasi hendaklah bersesuaian dan memenuhi sekurang-kurangnya
70% daripada saiz poster, berbanding mukataip bagi poster jenis ini.
Teknik penghasilan Poster
1. Teknik Lukisan :
menggunakan pen, pensel, pensel warna dan sebagainya.

poster teknik lukisan
2. Teknik catan :
dengan menggunakan cat air, cat poster, cat akrilik, dan sebagainya

poster teknik catan
3.
Teknik kolaj :
Poster
jenis ini menggunakan teknik potong dan tampal. Dengan menampal kertas
berwarna, potongan dari majalah atau akhbar, tampalan dari bahan tekstil, benda
bercorak dan berjalinan.
poster teknik kolaj
Proses Penghasilan Poster
1.
Penentuan tema dan tajuk
2. Mendapatkan maklumat berkaitan tema melalui kajian bagi mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam
3. Memahami tujuan dan mesej yang hendak disampaikan.
4. Membuat beberapa lakaran kasar dan kemudian pilih hasil terbaik.
5. Menentukan jenis iustrasi dan jenis muka taip yang berkesan dan bersesuaian.
6. Merancang skima warna dan memilih kombinasi warna yang dapat menarik perhatian.
7. Menentukan teknik yang sesuai untuk membuat poster tersebut.
8. Penyediaan alat dan bahan.
9. Penghasilan poster berdasarkan teknik dan media yang telah ditetapkan.
Ciri-ciri poster Yang Bermutu
1. Daya penarik yang dinamik.
2. Warna yang berkesan.
3. Mesej yang jelas dan mengandungi satu tema sahaja.
4. Kesesuaiaan ilustrasi dengan tema.
5. Pilihan muka taip yang berkesan.
6. Gubahan asli dan unik.
7. Cogankata yang dapat mempengaruhi pembaca.
8. Penggunaan asas seni reka yang bersesuaian.
9. Memberi mesej yang mempunyai nilai-nilai murni.
Contoh-contoh poster

No comments:
Post a Comment