MONTAJ
Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan
gambar dari berbagai sumber atau sumber yang sama.
Aktiviti montaj menggunakan teknik memotong, menampal dan
mencantum. Teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) digunakan
dalam aktiviti montaj. Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru.
SEJARAH SENI
MONTAJ
PergerakkanDadaisme di Berlin banyak
menghasilkanaktiviti montaj dalam seni rupa moden.Teknik foto montaj ini
kemudiannya menjadi ikutan ramaidan digunakan oleh pelukis-pelukis aliran
surelismeseperti Salvador Dali. Retrospektif pameran pertamadunia dalam foto
montaj diadakan di German pada tahun1931.Menular pula pd orang eropah yg
menyatakan gambartersebutterdapatkesan kelucuan, sindiran
danpengajaranberdasarkan tema atau tajuk.
Teknik Montaj
Teknik super impose, image editing photography digunakan dengan
menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj.
Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan
kepada tema lanskap, alam benda, figura dan corak huruf. Warna-warna harmoni
dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik perhatianpemerhati.
Alat dan media.
Setiap
pelukis mempunyai cara dan gaya yang tersendiri apabila ingin menghasilkan
kerja-kerja seni.
Dalam penggunaan
alatan dan media untuk menghasilkan satu hasil kerja seni, pelukis akan
mengenalpasti bahan apakah yang sesuai dan senang untuk didapati supaya
kerja-kerja yang hendak dijalankan tidak terganggu.
Berikut ialah beberapa contoh alatan dan bahan yang boleh
digunakan dalam penghasilan aktiviti montaj:
–Gambar foto sebenar seperti gambar keluarga, alam semulajadi,
haiwan, alam benda
–Gambar atau ilustrasi dari majalah/surat khabar seperti figura,
lanskap, tumbuh-tumbuhan, situasi
–Gunting, pisau pemotong kertas, berbagai jenis gam
Contoh-contoh Montaj
Montaj
Bertemakan Alam Semulajadi (media-stiker dinding)
cikgu ajar Pendidikan seni ke
ReplyDeleteYa
ReplyDeleteApakah Alat Dan Media Teknik Montaj
ReplyDeleteKene gunting ke.?
ReplyDeleteBoleh digunting atau dikoyak :)
Delete